Ada Apa Dengan Ebay?

Ebay merupakan sebuah syarikat internet Amerika Syarikat yang menguruskan Ebay.com, sebuah tapak web pelelongan atas talian dan membeli-belah di mana orang dan perniagaan membeli dan menjual barang-barangan dan perkhidmatan secara menyeluruhi dunia. Selain daripada tapak web AS asalnya, eBay telah memulakan tapak web setempat di 30 buah negara yang lain. Ebay Inc juga memiliki PayPal, Skype, dan perniagaan yang lain. (Wikipedia).

Ebay adalah sebuah laman web yang khusus untuk aktiviti jual dan beli barang secara online dan amat popular berbanding laman sesawang yang lain. Ebay adalah salah satu platform dimana kita boleh membeli mahupun menjual barangan secara lelongan juga secara belian terus. Kemudahan disediakan untuk membeli-belah secara dalam talian atau 'online' dapat dilakukan dengan tenang dan tenteram kerana pembekal dan pembeli perlu memenuhi beberapa terma dan syarat yang ditentukan oleh pihak Ebay.

Ebay adalah sebuah syarikat yang telah dibina pada tahun 1995 sebagai tapak perlelongan. Sebahagian besar pengunjung laman berkunjung ke laman tersebut bertujuan melelong atau menawar barangan tertentu. Sebahagian besar orang yang menjadi pelelong, mereka melelong barang - barang yang sudah tidak terpakai dirumah mereka, daripada tidak terpakai, lebih baik dijual di Ebay. Tetapi dengan berjalannya waktu, Eba ekarang sudah menjadi tapak jual beli terbesar.

Reputasi Ebay setakat ini tiada tolok bandingnya. Setiap hari setiap saat berbillion manusia yang berurusan samada membeli, menjual atau membida barangan yang terkini atau yang dianggap " secondhand " di EbayEbay uga telah membuat banyak peningkatan dari segi keselamatan atau safety yang cukup kuat dan sistem-sistem pembayaran mudah yang dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada penjual mahupun pembeli.

Ebay mempunyai jumlah pengunjung paling sedikit 902 juta / per tahunnya. Ini sudah cukup besar untuk membantu kita menjalankan perniagaan dan mengaut dollar dari Ebay  Ada banyak cara untuk mengaut dollar dari Ebay. Tapi hanya ada dua jenis orang yang ada di Ebay  Ya itu Seller dan Buyer. Kedua - duanya boleh digunakan sebagai jalan untuk mencari pendapatan online.